6 Blogger Kongsi Tips Gayakan Shawl Ketika Majlis

Assalamualikum dan salam sejahtera, 
Dilema nak gayakan shawl bukan sahaja ketika majlis ,tapi nak pergi kenduri rakan pun tenung lama depan almari nak pakai shawl macam mana.
Lagilah dihari istimewa , anda semua pasti ingin kelihatan  cantik malah kemas, dan sopan kan ? 
 
Nah! Kami kongsikan tips gayakan shawl dari  6 blogger terkenal. Moga bermanfaat untuk anda. 

1.Dena Bahrin
Pasti anda sudah kenal dengan gadis kecil molek ini.
Penggayaan shawl yang diselit dibawah  tudung sarung supaya lebih sopan dan kemas .
Anda boleh klik link ini Blog Dena Bahrin untuk tutorial penggayaan shawl yang lebih teperinci .
Dena Bahrin Wedding
Dena Bahrin Wedding

2. Hanis Zalikha 
Baru sahaja berkahwin tahun lepas, dan sudah pun selamat melahirkan anak sulungnya, Yusuf Iskandar .
Penggayaan shawl yang unik di majlisnya. Shawl diikat dijari , pastinya saiz shawl lebih panjang dari saiz standard.
Cantik pun cantik sebab lain dari yang lain kan ?
Selamat mencuba !
Inline image 4
Inline image 3
Persalinan majlis Haniz Zalikha adalah tempah khas dari butik mimpikita.


Blogger seterusnya adalah Aishah Amin. Satu persatu cara penggayaan shawl dikongsikan oleh Blogger Aishah Amin.
Juga perkongsian material kain yang sesuai dijadikan shawl dan veil .
Menarik sungguh dan simple sahaja tutorial nya.
Anda boleh klik LINK ini untuk tutorial shawl.
Inline image 5

4. Maria Elena
Blogger ini mengenakan persalinan ibunya semasa majlis pertunangannya. Jimat tau kita ‘recycle’ baju apa yang ada.
Shawl pula letakkan sedikit lace supaya tampak lebih berseri.
Maria juga berkongsi tips di blognya, anda boleh klik LINK untuk tips dari Maria .
Selamat mencedok ilmu ya .
Inline image 6

5. Fazrena Aziz 
Fazrena berkongsi perjalanan majlisnya di tumblrnya , anda boleh klik LINK ini.
Penggayaan shawl yang minimal dan dihiasi mahkota amat menarik hati buat bakal pengantin yang ingin tampak minimal tapi masih kelihatan cantik.
Shawl material satin adalah salah satu material yang sesuai dipakai ketika majlis. Info lanjut anda boleh klik link diatas.
Semoga membantu !
Inline image 7Inline image 8.

6. Fatin Liyana
Siapa tak kenal gadis kecil molek yang merupakan blogger terkenal dan juga seorang doktor. Tips yang dikongsikan di blog sangat bermanfaat.
dan majlis perkahwinannya tahun lepas, agak ‘RARE’ sedikit kerana apa ? Baca di LINK ini tau.
Ada 8 perkara yang anda mesti nak tahu sebelum berkahwin.
Selamat membaca !
Inline image 9
Persalinan perkahwinan Fatin Liyana adalah dari @ejashahril .
Semoga perkongsian dari 6 blogger ini membantu anda sedikit sebanyak untuk persiapan majlis anda.
Terima Kasih.

Klik-Klik dengan mudah untuk DESIGN PREMIUM untuk bakal pengantin. Hanya di OneHeartKadKahwin
fb-cover3
Love,
Team OneHeartKadKahwin

2 thoughts on “6 Blogger Kongsi Tips Gayakan Shawl Ketika Majlis

    1. Salam Cik Aminah 🙂

      Terima Kasih singgah di blog kami. Cik boleh klik pada gambar dan akan terus ke blog.
      Tutorial secara details tiada cuma hanya tips nak gayakan shawl dengan tudung sarung dan shawl sahaja 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *